Thursday, 19 January 2012

Kembiri haiwan kesayangan = Pets Neutering + livestock

WHAT ?
Kembiri "Neutering" adalah proses memandulkan haiwan secara KEKAL / IRREVERSIBLE. Selepas dikembiri, kebolehan untuk membiak akan terhenti selamanya,
Insyaallah, jika tiada sisa air mani tertinggal di dalam sisa salur pembiakan ("ductus deferens")/salur kencing haiwan yang cuba untuk mengawan dalam tempoh beberapa hari/minggu selepas dikasi, contohnya; "ARNAB jantan, kekal produktif sehingga 4 MINGGU  selepas dikasi, ARNAB betina, kekal produktif sehingga 2 minggu selepas dikasi"
Bagi memastikan OBJEKTIF pengimbirian tercapai, adalah lebih baik haiwan yang dikembiri kekal diasingkan daripada jantina berlawanan untuk beberapa minggu selepas dikasi.

HOW ?
Proses kembiri dilakukan dengan mengeluarkan organ-sistem pembiakan haiwan tersebut, contohnya

                       JANTAN - Testikel + Epididimis (sebahagian vas deferens)


                        BETINA - Ovari (kiri dan kanan) + keseluruhan Uterus

Prosedur ini akan dilakukan semasa haiwan diBIUS secara GENERAL, Oleh itu, haiwan akan tidur sepanjang prosedur dilakukan, dan TIDAK merasai sebarang KESAKITAN.


RISIKO ?
SANGAT MINIMA, jika tiada sebarang komplikasi seperti:
1. Ikatan / Jahitan terbuka (dinasihatkan untuk merehatkan haiwan di dalam "cage" >7 hari - menyekat pergerakan yang ekstrem)
    - ikatan terbuka - kehilangan darah
    - jahitan terbuka - hernia
2. Jangkitan kuman (biasanya antibiotik akan diberikan selepas prosedur, WAJIB dihabiskan)

Insyaallah, jika nasihat doktor veterinar diikuti sewajarnya, komplikasi2 tersebut tidak akan berlaku

Kucing anda biasanya akan kembali normal dalam masa beberapa hari selepas prosedur

WHY ?
Kenapa PERLU kembiri....? antara faktor2 yang mengHARUSkan pengimbirian adalah

1. Menjaga kemaslahatan Ummah - mengelakkan berlakunya masalah dan perbalahan didalam komuniti yang boleh berpunca daripada haiwan kesayangan kita, contohnya
- Tabiat kucing jantan yang akan kencing dipersekitaran untuk menanda sempadan "marking territory". Jika dikasi pada peringkat umur tertentu diyakini akan membendung tabiat tersebut
- Isu Kucing dan Anjing Liar dan Terbiar - mengurangkan populasi haiwan terbiar yang membiak secara aktif, SIAPA yang akan bertanggungjawab untuk menjaga kebajikan haiwan ini, jika populasi mereka semakin bertambah saban, hari, minggu, bulan dan tahun? SPCA ker? They can't do all those works alone....:-( Tambahan lagi dengan kes2 serangan anjing pada komuniti di tempat awam. Masalah ini BOLEH dibendung dengan program kembiri.

2. Menjaga dan meningkatkan kualiti genetik haiwan - secara teknikal, kualiti genetik hanya boleh dipertingkatkan dengan program pembiakbakaan yang strategik, iaitu dengan membiakbaka haiwan yang mempunyai kualiti yang terbaik/superior dikalangan populasi yang ada, contohnya:
- Haiwan ruminan pedaging yang berkualiti rendah, HARUS dikasi untuk mempercepatkan tempoh kegemukkan, meningkatkan kualiti daging (tendering, tiada bau hamis, etc.), meningkatkan kualiti pasaran dan sebagainya.

HUKUM dalam islam ?

Fatwa yang dikeluarkan oleh JAKIM, menetapkan HUKUMnya adalah HARUS berdasarkan nas2 tertentu.
Rumusan daripada petikan;
1. http://alamkucing.blogspot.com/2009/05/hukum-memandulkan-kucing-dalam-islam.html
2. http://soaljawab.wordpress.com/2007/04/12/hukum-mengembiri-binatangkucing/

Membuat keputusan, WHEN ?
Terserah kepada hak individu untuk membuat keputusan samaada untuk mengembiri haiwan anda ataupun TIDAK (jika anda mampu untuk menjaga kebajikan mereka dan keturunan mereka)

WAKTU yang paling sesuai untuk Kembiri adalah pada umur sebelum mencapai kematangan seksual,
KUCING / ANJING - ~ 6 bulan
RUMINAN - 4-10 minggu

Insyaallah, usaha yang murni, niat yang baik akan diberkati Allah SWT,

For inquiries & appointment ;
Do not hesitate to contact Dr. Ihsan @ +60173215541 or 
                                          email: vetplanet.aa@gmail.com
Check on updates on
                     Blogspot            : http://vetplanet-aa.blogspot.com
                     Facebook page : VetPlanet Animal Affairs
                     Become friends on FaceBook @ Ihsan Isa (VetPlanet)

No comments:

Post a Comment