Elaborating dan serba sedikit komentar / ulasan :
Jenis2 cacing yang common...
a) roundworm (cacing gelang), rajah menunjukkan kitaran hidup cacing gelang, jika kit alebih memahami kitar hidup, akan memudahkan kita untuk mengatasi dan appreciate usaha untuk mengelakkan kucing kita dari jangkitan cacing.
Note, yang telur cacing hanya boleh menetas menjadi dewasa dalam usus kucing, kemudian bertelur dan keluar bersama najis, (pemeriksaan sampel najis), bila berada di persekitaran baru cacing tersebut akan menjadi subur...kemudiannya dimakan oleh "Paratenic Host - si tikus". barulah ditelan oleh kucing anda..."kucing skarang mana makan tikus lagi kan? - lagi2 persian, relax jer...so camaner boleh dapat cacing jugak?"
JAWAPANNYA
a) kucing juga boleh termakan terus telur yang subur tanpa melalui si tikus, Penting untuk memastikan kawasan persekitaran bersih, tahi di scoop dan dibuang jauh2, pastikan rumah berstatus FREEtikus.
b) dalam usus kucing, larva cacing yang menetas boleh migrate ke serata organ lain, termasuk placenta dan fetus. That's why kitten yang baru lahir pun dah ada cacing answer to "kenapa kene bagi ubat cacing pada kitten?"
Geli kan ? inilah tapeworm a.k.a cacing pita, cuba tengok ade berapa ekor? Sekor jer, tapi banyak segmen.
Setiap proglottid yang matang dah ada berpuluh telur yang bersiap sedia untuk bebas bila proglottid punye membrane pecah. telur yang bebas pula akan menetas menjadi "cysticercoid"....cysticercoid in iyang akan masuk dalam usus LARVA FLEAS, dan membesar menjadi FLEAS dewasa
Kucing kemudiannya, termakan fleas dewasa...dan mula proses penternakan tapeworm dalam usus kucing...proses berterusan sehingga ubat cacing diberikan untuk membunuh cacing2 tersebut...
Ada lagi jenis2 cacing seperti Hookworm (cacing sangkut...heheh...kurang tepat)...Flukes (cacing pipih)...dll.
Heartworm adalah dalam keluarga Roundworms...Dirofilaria immitis
DIAGNOSIS
Haiwan kesayangan - kita akan membuat pemeriksaan najis, pemeriksaan Qualitatif telur cacing dalam najis, prosedur yang sangat mudah...POSITIVE telur cacing - RAWATAN WAJIB diberikan. In adult cats, in some cases, apabila larva migrate dalam tissue dan organ lain, takde cacing dalam usus, then proses pembiakan cacing tidak berlaku.
Pada tahap kecacingan yang serius, kucing akan kurus, pucat, lemah, "emaciated", perut buncit (kitten)
Heartworm problem, cepat penat, tercungap2, batuk2, dll.
Haiwan ruminan besar - (lembu, kambing, kuda), pemeriksaan sampel najis secara Kualitatif, dikira berapa biji telur dalam 1 gram najis (epg) , jika melebihi had eg 1500 epg, baru diberi rawatan.
RAWATAN
Sensitivity setiap jenis cacing adalah berbeza terhadap ubat cacing tertentu, beberapa jenis ubat cacing adalah "Broad Spectrum", some are narrow spectrum
PEMILIHAN ubat cacing, DOSAGE yang diberikan amat penting kerana, cacing sangat pantas develop resistancy terhadap ubat cacing
Oleh itu, sila rujuk Dr. veterinar yang lebih arif tentang program kawalan cacing, jenis2 ubat cacing yang berkesan untuk jenis2 cacing yang berbeza untuk kesan yang optimum
Kekerapan memberi ubat cacing sering diperdebatkan, namun, kebiasaannya, untuk KUCING
MULA = 6 - 8 weeks, mudah untuk manage bila diberi sekali dengan Vaksin (dinasihatkan tidak melebihi umur 4 bulan, kerana, larva yang dimakan mungkin tidak akan menjadi dewasa, tetapi larva kana migrate ke dalam tissue/organ and reside there - then, buat feacal sample, xde cacing but mrk ade)
THEN = every 3 BULAN - outdoor pets (recommended)
every 6 BULAN - indoor pets (recommended) - or test and treat
BEING PROACTIVE selalunya lebih baik....
PREVENTION is BETTER than CURE, ethically, financially, etc.
For inquiries & appointment ;
Do not hesitate to contact Dr. Ihsan @ +60173215541 or
email: vetplanet.aa@gmail.com
Check on updates in Facebook page : VetPlanet Animal Affairs
No comments:
Post a Comment