Sambungan dari post "Kawalan ectoparasites" yang terdahulu...
Sekumpulan lagi ectoparasite yang SANGAT kerap menyebabkan penyakit kulit pada haiwan anda iaitu MITES/HAMA...penyakit tersebut dikenali sebagai "MANGE" secara general ataupun "KURAP" (rasa nye kebanyakan penyakit kulit orang melayu panggil kurap...x kira disebabkan oleh parasit ataupun fungus...hehe)
Tidak kira, KUDA, LEMBU, KAMBING, ANJING dan KUCING...selalu mengalami masalah ini.
Mengenali MITES (HAMA)
"Ear Kanker" + facial crusts - jangkitan mites yang sangat teruk |
Inilah gambar seekor mite (Notoedres cati) dibawah mikroskop yang menyebabkan kucing di atas terseksa..:-) |
Terdapat 2 jenis mites:
1. Non-burrowing mites (hama yang tidak menggali masuk ke dalam lapisan kulit) - contohnya - ear mites pada kucing (Otodectis cynotis). Mereka hanya hidup dan beranak-pinak dalam telinga kucing anda menyebabkan rasa tidak selese, suka menggaru dan akhirnya boleh meneybabkan jangkitan bakteria, yis and/or fungus.
2. Burrowing mites (hama yang menggali masuk ke dalam lapisan kulit) - contohnya, hama seperti dalam gambar di atas...Mereka bukan sahaja menggali terowong, bahkan bertelur dan membesar di dalam lapisan kulit yang digali. Hama betina dewasa akan menggali terowong dan bertelur di dalamnya. Dalam tempoh 5-8 hari, telur tersebut akan menetas menjadi "larvae" dan sterusnya membesar menjadi "nymph"...nymph kemudiannya menjadi dewasa dan membiak semula didalam terowong yang baru...Proses pembiakan mengambil masa lebih kurang 3 minggu. Hama ini hanya memakan sisa2 kulit yang tertanggal, cairan tisu badan dan ada juga yang menghisap darah sepanjang proses untuk menjadi dewasa
Kawasan yang paling kerap dilihat mengalami masalah adalah KEPALA, BAHAGIAN BAWAH BADAN, KAKI dan TANGAN.
Haiwan akan menggaru dengan teruk sehingga bulu menjadi botak, dalam kes yang lebih teruk "crust" atau kerak yang terbentuk pada permukaan kulit (rujuk gambar diatas, mengandungi hama) akan tercabut dan bersepah dipersekitaran rumah anda. mudah menjangkiti haiwan yang lain dan juga manusia...KEBANYAKAN mites adalah "Host Specific" (hanya menyebabkan jangkitan pada species tertentu)
Haiwan akan mengalami luka, berdarah dan akan menarik perhatian lalat untuk bertelur, jika tidak dibersihkan luka akan melarat menjadi berulat dan cenderung kepada jangkitan bakteria.
Satu lagi genus hama yang sangat popular ialah DEMODEX .... contohnya Demodex canis yang menyebabkan penyakit "Demodecosis" pada anjing. Jarang berlaku pada kucing.
Demodex merupakan "Normal Flora" (memang ada pada kulit secara normal) Namun ia akan menyebabkan penyakit pada haiwan yang Immunosuppressed atas sebab2 penyakit atau lain2. Penyakit ini biasanya melibatkan keseluruhan anggota badan pada peringkat kronik.
Rawatan dan Kawalan persekitaran
Konsep rawatan adalah sama - to kill and eliminate the parasite, pada masa yang sama, mengawal persekitaran dengan menggunakan kaedah meningkatkan kekerapan pembersihan dan menggunakan racun yang bersesuaian untuk membunuh parasit yang masih ada di perabot, karpet dan diserata rumah anda
Teknik rawatan untuk penyakit kulit yang disebabkan oleh Mites sedikit berbeza dari Ektparasit sebelum ini dalam aspek penggunaan ubat dan cara penggunnaannya,
Penggunaan ubat secara "oral dan injectable" diamalkan secara berkala walaupun sebenarnya tidak digalakkan..:D
Kaedah mandian turut diterapkan supaya ubat/racun yang digunakan akan lebih menyerap masuk ke dalam terowong2 yang dibuat oleh hama2 tersebut.
Program pembasmian perlu dilakukan dengan dedikasi supaya penyakit ini berjaya dirawat dan tidak akan kembali menyerang haiwan kesayangan kita. Insyaallah ...
For inquiries & appointment ;
Do not hesitate to contact Dr. Ihsan @ +60173215541 or
email: vetplanet.aa@gmail.com
Check on updates in Facebook page : VetPlanet Animal Affairs
No comments:
Post a Comment