Wednesday 8 February 2012

Memilih makanan untuk kucing...PART 2

Salam,

Setelah diketahui nutrient yang diperlukan oleh kucing2 kita, kini kita perlu menganalisa setiap produk yang ada dipasaran yang akan dibeli sebagai makanan mereka...

Antara perkara yang perlu di nilai ialah:-

1. Nutritional analysis

Boleh dilihat pada karung bungkusan makanan tersebut...ia akan menyatakan peratusan nutrient dalam diet tersebut seperti:
min. crude protein %
min. crude fat %
min. crude fiber %
moisture %.....etc. bergantung kepada jenama produk tersebut

Telah diterangkan sebelum ini peratusan minima protein (adult >26%, kitten >30%) dan fat (>9%)
Perlu faham yang keperluan protein / tenaga (calorie) harian adalah berdasarkan berat kering, ini menunjukkan betapa pentingnya untuk kita juga melihat pada moisture/kelembapan %
Crude fiber %  penting untuk senior cats, yang mana, biasanya, diet yang diformulasi mempunyai lebih fiber

DIET A

DIET B
Comparing DIET A vs DIET B,
Both, menepati keperluan kucing anda...then, what else to look for?

2. Ingredients

Seperti yang telah diterangkan sebelum ini, naluri kucing sebagai TRUE CARNIVORE, mereka memerlukan diet / sumber protein utama dari SUMBER HAIWAN... Banyak isu yang telah dibangkitkan berkaitan sumber protein/energy dari GRAINS/cereal/bijirin (carbohydrate) yang dikatakan akan memberi kesan buruk pada kucing dalam jangka masa panjang...ia dikaitkan dengan Obesity, penyakit Inflammatory Bowel Disease/IBD - (keradangan dalam sistem pencernaan) , Idiopathic Hepatic Lipidosis/IHL (pengumpulan lemak dalam hati), dan juga Diabets melitus (kencing manis)

Sumber PROTEIN haiwan yang biasa digunakan dalam formulasi diet kucing seperti....
Daging ayam (boneless), turkey, telur, susu, ikan salmon dan lain2 lagi termasuk BY-PRODUCT / MEAL daripada sumber2 utama berkenaan...BY-PRODUCT/MEAL vs SUMBER asal seperti boneless meat (daging tanpa tulang)...perlu diketahui yang MEAL (whole thing-daging+tulang+organ+dll.) / BY-PRODUCT (bahan sampingan-organ2 dalaman,sisa bahan industri utama, etc.), So...harap selepas ini dapat lebih membezakan kualiti bahan2 campuran dalam diet tersebut...

Sumber GRAINs seperti, corn/maize(jagung), wheat(gandum), rice(beras), dan macam2 lagi... mereka merupakan bahan sumber protein dan tenaga yang tinggi yang biasanya dalam diet ternakan seperti ayam, lembu, kambing dll.

Sumber FATs /lemak terbaik adalah lemak haiwan yang mengandungi almost fatty acids yang essential untuk kucing...Ada juga yang menggunakan lemak dari bijirin/ekstrak bunga2an, dan lain2 lagi

Sumber VITAMINS dan MINERALS, diulang skali lagi, terbaik daripada sumber haiwan, namun begitu, bayank kajian telah dibuat dengan penambahan sayur2sayuran yang kaya dengan sumber vitamin dalam diet kucing... sayuran adalah berbeza dengan grains as naturally, kucing pun makan rumput-rampai, bamboo, herbs sebagai makanan sampingan jika mereka perlukan...x cayer...cuba perhatikan kucing anda jika dilepaskan dilaman, mesti mereka makan sket rumput2 ... kadang2...x selalu...

Dalam membaca senarai ingredients pada karung tersebut...perlu diketahui...SECARA TEKNIKAL...susunan bahan tersebut adalah dari yang paling banyak - paling sikit dalam formulasi...so, bahan no. 1 dalam list adalah yang paling banyak peratusannya...

DIET A

DIET B

Sekarang dah boleh bezakan which one is better? harap semua boleh kannnnnnnnnnnn.....

3. Harga

PRODUK A (~RM 90 @ 2.5kg = ~RM 36/kg) vs PRODUK B (~RM 150 @ 18kg = ~RM8/kg)

It is normal, for produk yang berkualiti lebih tinggi, HARGA pun TINGGI
kualiti lebih RENDAH...harga pun RENDAH
MEDIUM quality - ada yang HARGA TINGGI  MEDIUM jugak
Oleh itu... sesiapa yang ada banyak masa yang terluang, boleh ke mana2 petshop buat survey harga, saya tak sempat...then boleh share kat sini...Terima kasih diucapkan...

Kepada petlovers...yang mementingkan KUALITI + poket tebal - usah berfikir panjang...belilah yang terbaik untuk pets anda...
Saya tidak menyatakan yang PALING MAHAL = PALING BAIK...kerana ada juga produk yang BAIK @ MEDIUM price...kene buat semakan sendiri

4. Pilihan KITA vs pilihan KUCING kita 


Dah beli yang THE BEST QUALITY...MAHAL pulak tue...tiba2 kucing x suke...nak buat camane ek?
Slowly introduce makanan yang baru pada mereka...kucing memang makhluk yang sangat PICKY + CEPAT BOSAN...so kesabaran adalah kunci utama...


CONTinue next chapter....Insyaallah...

Tuesday 7 February 2012

Memilih makanan untuk kucing ..... PART 1

Salam semua,



mesti pening kepala + rambang mata bila g petshop kan... yang mana satu elok untuk kucingku, semuanya premium food...semuanya bagus...semuanya "mahal" (to some owners only)... ???

First of all, this is just a guide for owners untuk memilih makanan yang IDEAL untuk kucing mereka... I can't decide what you should feed your cat... but i could share some importants + beneficial facts and also my frank opinion regarding this topic...

Insyaallah, dapat membantu semua untuk memilih yang terbaik dan ideal untuk FURKIDS mereka....

Basic knowledge yang essential (penting) dalam pemakanan kucing

Kita mesti mendalami, naluri dan sifat semulajadi mereka, dengan cara melihat dan imagine apa yang mereka makan kalau xder semua komersil food kat petshop2/supermarket...

Dari kecik lagi, orang2 tua di kampung2 mesti bgtau kita yang kucing2 ni keje nyer tangkap tikus.., some says... kucing yang ditimang2 akan makan anak ayam bila besar nanti...pastu kene buang kat pasar...huhuh
Mereka tangkap dan makan haiwan2 tersebut sebab, dalam konteks hidupan mereka yang liar, itulah makanan (sumber protein) mereka, selain daripada nasi lebihan dr dapur rumah (IKAN gaul nasi)...tengok citer kartun, mesti kucing makan ikan dan kucing nak tangkap tweety bird...hahaha

Bila dah dilihat pada sepupu2 kucing yang besar2 (harimau/singa,dll.) mereka makan daging haiwan yang fresh selepas diserang.

Tidak pernah pula diceritakan yang kucing makan SAYUR, except for beberapa jenis herbs, bamboo, rumput rampai yang mereka akan makan jika mereka perlu sahaja, bukan hari2...

Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa kucing diklasifikasikan sebagai "TRUE CARNIVORE" / pemakan daging sejati)... yang makan protein dan lemak sebagai sumber tenaga badan. Mereka memerlukan lebih 2-3 kali ganda keperluan protein berbanding haiwan OMNIVORE (pemakan daging dan sayur) seperti anjing.

Keperluan makanan kucing
Dalam diet harian mereka, YANG PALING PENTING ialah makanan yang SEIMBANG/BALANCE...bila dikatakan makanan yang seimbang, ia mesti mengandungi "PROTEIN + FAT + VITAMINs + MINERALs"

CARBOHYDRATE ?
Sebagai true carnivore, kucing sebenarnya tidak memerlukan karbohidrat dalam makanan mereka kerana:
1. Protein dan fat adalah sumber ENERGY utama dalam diet kucing UNLIKE omnivores, karbohidrat merupakan sumber tenaga dalam pemakanan
2. Kucing tidak mempunyai enzim amylase yang banyak dalam air liur+acid perut+usus mereka untuk mencerna karbohidrat
3. Krbohidrat yang tinggi dalam makanan akan menyebabkan pencernaan protein dalam sistem pencernaan tidak lengkap kerana, karbohidrat - fiber akan mencepatkan pergerakan digesta dalam usus.
4. dan beberapa sebab lain yang agak kompleks untuk diterangkan :0

PROTEIN & AMINO ACIDS
Merupakan sumber utama dalam diet kucing...sumber tenaga utama untuk tumbesaran dan fungsi sistem dalam badan...Protein catabolism akan menghasilkan AMINO ACIDS yang sangat penting dalam  metabolisma badan...terdapat 10 amino acids yang ESSENTIAL/sangat diperlukan dalam diet harian kucing, ada juga yang dikategorikan sebagai CONDITIONALLY essential dan NON-essential...ESSENTIAL AMINO ACIDS diperlukan dalam diet harian, kerana sistem badan tidak dapat menghasilkannya dengan sendiri dan mereka merupakan element utama untuk memastikan metabolisma badan berfungsi dengan sempurna...Antara amino acids yang utama:-


Amino Acids
Essentiality
Sumber & kepentingannya
Arginine
Essential
Banyak dalam protein daging,
Berfungsi dlm kitaran urea (excrete ammonia/urea dr dlm darah),
Kekurangannya – hyperammonemia (kandungan ammonian berlebihan dlm darah) – air liur meleleh dgn byk, neurological abnormalities, kekejangan , koma - kematian
Taurine
Essential
Animal source protein + hasil daripada methionine & cysteine synthesis, tetapi tidak mencukupi kerana kebanyakannya akan hilang pada hempedu.
Berfungsi dlm sistem penglihatan (mata), fungsi jantung, sistem saraf, pembiakan dan immunity badan
Kekurangannya – boleh mengakibatkan buta (retinal detachment), kegagalan dalam pembiakan, masalah jantung
Methionine
Essential
Untuk ditukarkan kepada Cysteine, penting dalam proses synthesis S-Adenosyl-Methionine (SAMe) utk penghasilan Taurine & Gluthathione, juga dalam syntesis Carnitine
Cysteine
Conditional
Menggantikan methionine, synthesis SAMe dan Gluthathione
Tyrosine
Conditional
Berfungsi sebagai neurotransmitter, metabolisma Dopamine & Methionine, synthesis thyroid hormone (growth), Melanin syntesis (black coat color – kekurangannya menyebabkan kucing hitam menjadi coklat kemerahan)

Jika dilihat pada sumber amino acids yang diperlukan oleh kucing... Semuanya adalah berasal daripada sumber protein haiwan (daging)

Keperluan minimum harian protein adalah mengikut fasa pertumbuhan seperti, anak kucing memerlukan peratusan protein harian lebih tinggi berbanding kucing dewasa...



Secara kasarnya... makanan yang IDEAL mempunyai:
a. ANAK KUCING, >30% kandungan protein per berat kering,
b. KUCING DEWASA, >26% kandungan protein per berat kering

FAT & FATTY ACIDS
juga merupakan sumber tenaga utama, almost 50% of their energy source datang dari lemak...juga sebagai pembawa fat-soluble vitamins, ADEK...
Lemak haiwan yang kaya dengan FATTY ACIDS yang ESSENTIAL seperti, linoleic acid, linolenic acid diperlukan dalam diet harian kerana, kucing tidak boleh menghasilkan sendiri FAs' tersebut.
FAs' ini penting dalam menghasilkan arachidonic acid, eicotriennoic acids - untuk membentuk prekursor2 yang penting dalam immuniti dan antiinflammatory dalam badan...
Essential Fatty Acids seperti OMEGA-3 dan OMEGA-6 amat penting dalam fisiologi dan sistem badan. ia juga bagus untuk memastikan kesihatan kulit dan juga bulu kucing terutamanya kucing yang berbulu lebat dan panjang seperti persians, mainecoon, ragdoll, etc.
Secara kasarnya, lemak harian yang diperlukan adalah >9% dari berat kering makanan...

VITAMINS & MINERALS
Seperti kebanyakan amino acids dan fatty acids, Vitamins dan minerals juga diperlukan dalam diet harian. Ia juga sama penting dalam memastikan fungsi fisiologi dan metablolisma badan yang optimum...
Untuk maklumat data keperluan yang lebih lengkap boleh disemak di:
The Carnivore connection nutrition in cats by Debra L. Zoran, DVM, PhD, DACVIM
Your Cat's Nutritional Needs, A science based guide for pet owners, National Research Council of the National Academes


CONTINUE - PART 2

Ingredients

Protein sources = ANIMAL PROTEIN vs GRAIN
Fat sources = ANIMAL FAT or SEED OILS

Feed Cost

Pilihan ANDA VS Pilihan KUCING 

underfeeding VS overfeeding



CONTINUE - PART 3
supplement ! ? :o