Tuesday, 7 February 2012

Memilih makanan untuk kucing ..... PART 1

Salam semua,



mesti pening kepala + rambang mata bila g petshop kan... yang mana satu elok untuk kucingku, semuanya premium food...semuanya bagus...semuanya "mahal" (to some owners only)... ???

First of all, this is just a guide for owners untuk memilih makanan yang IDEAL untuk kucing mereka... I can't decide what you should feed your cat... but i could share some importants + beneficial facts and also my frank opinion regarding this topic...

Insyaallah, dapat membantu semua untuk memilih yang terbaik dan ideal untuk FURKIDS mereka....

Basic knowledge yang essential (penting) dalam pemakanan kucing

Kita mesti mendalami, naluri dan sifat semulajadi mereka, dengan cara melihat dan imagine apa yang mereka makan kalau xder semua komersil food kat petshop2/supermarket...

Dari kecik lagi, orang2 tua di kampung2 mesti bgtau kita yang kucing2 ni keje nyer tangkap tikus.., some says... kucing yang ditimang2 akan makan anak ayam bila besar nanti...pastu kene buang kat pasar...huhuh
Mereka tangkap dan makan haiwan2 tersebut sebab, dalam konteks hidupan mereka yang liar, itulah makanan (sumber protein) mereka, selain daripada nasi lebihan dr dapur rumah (IKAN gaul nasi)...tengok citer kartun, mesti kucing makan ikan dan kucing nak tangkap tweety bird...hahaha

Bila dah dilihat pada sepupu2 kucing yang besar2 (harimau/singa,dll.) mereka makan daging haiwan yang fresh selepas diserang.

Tidak pernah pula diceritakan yang kucing makan SAYUR, except for beberapa jenis herbs, bamboo, rumput rampai yang mereka akan makan jika mereka perlu sahaja, bukan hari2...

Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa kucing diklasifikasikan sebagai "TRUE CARNIVORE" / pemakan daging sejati)... yang makan protein dan lemak sebagai sumber tenaga badan. Mereka memerlukan lebih 2-3 kali ganda keperluan protein berbanding haiwan OMNIVORE (pemakan daging dan sayur) seperti anjing.

Keperluan makanan kucing
Dalam diet harian mereka, YANG PALING PENTING ialah makanan yang SEIMBANG/BALANCE...bila dikatakan makanan yang seimbang, ia mesti mengandungi "PROTEIN + FAT + VITAMINs + MINERALs"

CARBOHYDRATE ?
Sebagai true carnivore, kucing sebenarnya tidak memerlukan karbohidrat dalam makanan mereka kerana:
1. Protein dan fat adalah sumber ENERGY utama dalam diet kucing UNLIKE omnivores, karbohidrat merupakan sumber tenaga dalam pemakanan
2. Kucing tidak mempunyai enzim amylase yang banyak dalam air liur+acid perut+usus mereka untuk mencerna karbohidrat
3. Krbohidrat yang tinggi dalam makanan akan menyebabkan pencernaan protein dalam sistem pencernaan tidak lengkap kerana, karbohidrat - fiber akan mencepatkan pergerakan digesta dalam usus.
4. dan beberapa sebab lain yang agak kompleks untuk diterangkan :0

PROTEIN & AMINO ACIDS
Merupakan sumber utama dalam diet kucing...sumber tenaga utama untuk tumbesaran dan fungsi sistem dalam badan...Protein catabolism akan menghasilkan AMINO ACIDS yang sangat penting dalam  metabolisma badan...terdapat 10 amino acids yang ESSENTIAL/sangat diperlukan dalam diet harian kucing, ada juga yang dikategorikan sebagai CONDITIONALLY essential dan NON-essential...ESSENTIAL AMINO ACIDS diperlukan dalam diet harian, kerana sistem badan tidak dapat menghasilkannya dengan sendiri dan mereka merupakan element utama untuk memastikan metabolisma badan berfungsi dengan sempurna...Antara amino acids yang utama:-


Amino Acids
Essentiality
Sumber & kepentingannya
Arginine
Essential
Banyak dalam protein daging,
Berfungsi dlm kitaran urea (excrete ammonia/urea dr dlm darah),
Kekurangannya – hyperammonemia (kandungan ammonian berlebihan dlm darah) – air liur meleleh dgn byk, neurological abnormalities, kekejangan , koma - kematian
Taurine
Essential
Animal source protein + hasil daripada methionine & cysteine synthesis, tetapi tidak mencukupi kerana kebanyakannya akan hilang pada hempedu.
Berfungsi dlm sistem penglihatan (mata), fungsi jantung, sistem saraf, pembiakan dan immunity badan
Kekurangannya – boleh mengakibatkan buta (retinal detachment), kegagalan dalam pembiakan, masalah jantung
Methionine
Essential
Untuk ditukarkan kepada Cysteine, penting dalam proses synthesis S-Adenosyl-Methionine (SAMe) utk penghasilan Taurine & Gluthathione, juga dalam syntesis Carnitine
Cysteine
Conditional
Menggantikan methionine, synthesis SAMe dan Gluthathione
Tyrosine
Conditional
Berfungsi sebagai neurotransmitter, metabolisma Dopamine & Methionine, synthesis thyroid hormone (growth), Melanin syntesis (black coat color – kekurangannya menyebabkan kucing hitam menjadi coklat kemerahan)

Jika dilihat pada sumber amino acids yang diperlukan oleh kucing... Semuanya adalah berasal daripada sumber protein haiwan (daging)

Keperluan minimum harian protein adalah mengikut fasa pertumbuhan seperti, anak kucing memerlukan peratusan protein harian lebih tinggi berbanding kucing dewasa...



Secara kasarnya... makanan yang IDEAL mempunyai:
a. ANAK KUCING, >30% kandungan protein per berat kering,
b. KUCING DEWASA, >26% kandungan protein per berat kering

FAT & FATTY ACIDS
juga merupakan sumber tenaga utama, almost 50% of their energy source datang dari lemak...juga sebagai pembawa fat-soluble vitamins, ADEK...
Lemak haiwan yang kaya dengan FATTY ACIDS yang ESSENTIAL seperti, linoleic acid, linolenic acid diperlukan dalam diet harian kerana, kucing tidak boleh menghasilkan sendiri FAs' tersebut.
FAs' ini penting dalam menghasilkan arachidonic acid, eicotriennoic acids - untuk membentuk prekursor2 yang penting dalam immuniti dan antiinflammatory dalam badan...
Essential Fatty Acids seperti OMEGA-3 dan OMEGA-6 amat penting dalam fisiologi dan sistem badan. ia juga bagus untuk memastikan kesihatan kulit dan juga bulu kucing terutamanya kucing yang berbulu lebat dan panjang seperti persians, mainecoon, ragdoll, etc.
Secara kasarnya, lemak harian yang diperlukan adalah >9% dari berat kering makanan...

VITAMINS & MINERALS
Seperti kebanyakan amino acids dan fatty acids, Vitamins dan minerals juga diperlukan dalam diet harian. Ia juga sama penting dalam memastikan fungsi fisiologi dan metablolisma badan yang optimum...
Untuk maklumat data keperluan yang lebih lengkap boleh disemak di:
The Carnivore connection nutrition in cats by Debra L. Zoran, DVM, PhD, DACVIM
Your Cat's Nutritional Needs, A science based guide for pet owners, National Research Council of the National Academes


CONTINUE - PART 2

Ingredients

Protein sources = ANIMAL PROTEIN vs GRAIN
Fat sources = ANIMAL FAT or SEED OILS

Feed Cost

Pilihan ANDA VS Pilihan KUCING 

underfeeding VS overfeeding



CONTINUE - PART 3
supplement ! ? :o


3 comments:

  1. thx for the info..
    sgt berinformasi...

    doc, nk tnya, mcmana nk pilih vitamin yg sesuai utk overall cats health.. apa yg perlu ada pada labelnya?

    ReplyDelete
  2. Salam,

    supplement yang baik ialah yang mengandungi essential amino acids (taurine, etc.), fatty acids (omega 3 & omega 6), multivitamins dan minerals yang penting pada kucing...boleh refer maklumat di atas dan sumber2 lain...

    terima kasih...

    ReplyDelete
  3. susah nak pilih Makanan kucing yang betul. dah banyak sangat kat luar sana

    ReplyDelete