Tuesday, 22 May 2012

FLUTD - Feline Lower Urinary Tract Disease

Assalamualaikum !!!

Kesukaran mencari topik untuk dibincangkan + distracted to other commitment and plan

These are reasons why i was in hibernating mode these few months back..:D

BACK to the topic... FLUTD 

Why is it called - FLowerUTD ?
 

This is a diagram of a MALE feline LOWER urinary tract (ureter (salur dari kidney ke pundi kencing) - urinary bladder (pundi kencing) - urethra9salur dari pundi kencing - penis))

It happens mostly in MALE due to its URETHRA anatomical structure yang panjang and the narrowing of its lumen (salur) ke penis. this is where blockage could occur. Blockage may caused by urinary calculi (batu karang (struvite/calcium oxalate)., mucoid plugs, etc. The calculi akan menyebabkan saluran urethra tersumbat dan kencing tidak boleh dikeluarkan dan terkumpul di dalam pundi kencing, it will also menyebabkan luka dalam dinding pundi kencing menyebabkan pendarahan, punca kepada jagkitan bakteria dan keradangan.

Interruption of the urine flow juga boleh disebabkan oleh beberapa condition yang sukar untuk didiagnosa seperti Feline Idiopathic (tidak diketahui puncanya) Cystitis (FIC). It could also happen to female cats

Cat owners always came in with complaints like;
"kucing saya lemah, monyok, dah x kencing beberapa hari", "dia meowing in pain and dok meneran lama dalam litter tray/LB","kucing saya kencing berdarah"..... Dll.

Everybody MUST alerts with this situation, because it requires EMERGENCY treatment.

Bear in mind, if the cat has its urine retained in their urinary bladder for 4 DAYS or MORE, the urine might already been circulated in their blood circulation - which has severe toxic / poisonous effect to their body cells - organs - systems - lead to MORTALITY. PROGNOSIS is GRAVE in this situation, however, if the problem is notified earlier (1st / 2nd day) by owners, the prognosis is GOOD - GUARDED

The treatment interventions are mainly ;
1. to unblock the urethra to restore the flow of urine
2. to replenish hydration status - detoxify the blood circulation
3. to treat infection and inflammation in UT

ALL of these MUST be managed by VETERINARIAN

The chances of recurrent is pretty high to improperly manage post-FLUTD recoverd cat, Therefore, the management plays major role to ensure the problem does not recur. If it recurs 3 times, the intervention would be different...

It consists of FEED, EXERCISE, STRESS - these are also ways of prevention i to happen

FEED them with proper diets which are specially formulated to prevent FLUTD - there are abundant in the market. MAKE SURE the cat has unlimited access to drinking water
EXERCISE - male cats need more exercise area - where they can jump around - climb, etc.
Stress - always predispose animals to disease problem

PREVENTION is better than CURE....

Dr. Ihsan
VetPlanet Animal Affairs





Tuesday, 20 March 2012

Fungal infections in cats

Assalamualaikum WBT....

After a month ++ of silence ... ;P

Im back to talk about that particular topic since this month (March 2012 is bulan fungus "kurap")...
banyak sungguh kes-kes fungus yang ditanyakan oleh kawan2 dan pelanggan yang dihormati. Look at the weather - hujan almost everyday - wet, humid days = favorable environment for fungal growth.

"KURAP !!!" - itulah dia masalah yang akan diberitahu oleh cat owners...

Remotely - veterinarian has to clearly ask the owner to describe the lesion/s,
At the same time, educating the owner, How to differentiate, "kurap" of fungal infection VS "kurap" of mites infestation ? BTW - all skin lesions are sometimes, referred as kurap...


VS


ATAS - Fungal infection VS BAWAH - mites infestation a.k.a MANGE


PUNCA
Disebabkan oleh Fungus/kulat yang dalam kumpulan Microsporum,Trichophyton, Epidermophyton, etc. Penyakit kulit ini dipanggil Dermatophytoses atau Ringworm...

DIAGNOSIS

Veterinarian akan membuat diagnosa berdasarkan history yang diberitahu oleh owner dan berdasarkan lesion pada kulit haiwan tersebut...

Kebiasaannya :
a. kucing akan menunjukkan tanda2 kegatalan pada kulit, menggaru/menjilat
b. bulu luruh dalam bentuk bulat - "spot" atau generalised "seluruh badan" mengikut severity
c. kulit merah - bersisik / berdebu
d. Jangkitan juga mudah merebak pada kucing yang lain + AHLI KELUARGA


beginilah lesion pada kulit kucing anda, namun tidak semua akan menunjukkan lesion yang sama, 
some cases bulu tidak gugur tetapi, pada atas kulit banyak kuping2 dan berdebu

Flourescent Microsporum canis under Wood's lamp examination

Bulu di kawasan yang infected akan dicabut dan dilihat di bawak mikroskop - macroconidia (spora) Microsporum canis. Pada bulu akan kelihatan seperti landasan keretapi
 
"Ringworm" pada kulit manusia
 
ZOONOSIS - transmissible / cross infection to human being
Some skin  fungal disease seperti Dermatophytoses is classified as ZOONOSIS kerana ia boleh menyebabkan jangkitan pada manusia juga... oleh itu, jika haiwan kesayangan dijangkiti penyakit ini, ia perlu dirawat dengan segera dan dengan kaedah rawatan yang berkesan supaya tidak merebak kepada yang lain
 
RAWATAN dan PEMBASMIAN
Teknik rawatan adalah berbeza mengikut severity penyakit dan praktik yang diamalkan oleh veterinarian yang berlainan, TETAPI, OBJEKTIF rawatan adalah sama iaitu untuk MEMBUNUH fungus dan spora yang ada pada badan haiwan dan MENGEMBALIKAN KESIHATAN KULIT

MEMBUNUH fungus + spora menggunakan ubat antifungal - dengan kaedah makan / sapu / mandi diamalkan...mengambil masa yang agak lama - so course of treatment may goes up to 1 month untuk memastikan semua berjaya dibunuh dan kes ini tidak berulang lagi

Ubatan yang digunakan biasanya ialah Griseofulvin, -conazole family dan general antiseptic yang juga mempunyai antifungal properties seperti chlorexidine, dan iodine, etc.
 
Kaedah rawatan - ubat makan OR ubat sapu  OR mandian - bergantung kepada severity penyakit, akan dinasihatkan oleh veterinarian anda

PEMBASMIAN fungus / kulat dipersekitaran rumah juga AMAT PENTING untuk memastikan kes tidak berulang pada haiwan atau ahli keluarga yang lain.... penggunaan disinfectant seperti CLOROX pada dilution 1:32 boleh membunuh kulat tersebut... tingkatkan kebersihan rumah dengan mencuci at least 2 kali seminggu. Pastikan ventilation dan pencahayaan dalam rumah sentiasa baik untuk mengelakkan pembiakan kulat.

PROGNOSIS is GOOD to dedicated owners who do put full effort in giving medications to their pets...increase level of their household hygiene to ensure their pets and family have a better living environment

Penyakit ini agak common pada kucing pelbagai usia, especially kitten, TETAPI... TIDAK SEMUA kitten yang lahir di dunia ini akan mendapat fungal infection... Hygienic level + other factors are contributing factor to occurance of fungal disease
 
That's all for now...
 
sambung celoteh ke topic yang lain later - jika ada kesilapan fakta harap bleh diperbetulkan dengan cara yang baik...ILMU adalah untuk dikongsi bersama... ILMU Allah sangat luas, ILMU manusia is limited...
 
Thank You for reading...Hopefully, the info is beneficial to us...

Wassalam :D

Dr. Ihsan Isa
VetPlanet Animal Affairs




Wednesday, 8 February 2012

Memilih makanan untuk kucing...PART 2

Salam,

Setelah diketahui nutrient yang diperlukan oleh kucing2 kita, kini kita perlu menganalisa setiap produk yang ada dipasaran yang akan dibeli sebagai makanan mereka...

Antara perkara yang perlu di nilai ialah:-

1. Nutritional analysis

Boleh dilihat pada karung bungkusan makanan tersebut...ia akan menyatakan peratusan nutrient dalam diet tersebut seperti:
min. crude protein %
min. crude fat %
min. crude fiber %
moisture %.....etc. bergantung kepada jenama produk tersebut

Telah diterangkan sebelum ini peratusan minima protein (adult >26%, kitten >30%) dan fat (>9%)
Perlu faham yang keperluan protein / tenaga (calorie) harian adalah berdasarkan berat kering, ini menunjukkan betapa pentingnya untuk kita juga melihat pada moisture/kelembapan %
Crude fiber %  penting untuk senior cats, yang mana, biasanya, diet yang diformulasi mempunyai lebih fiber

DIET A

DIET B
Comparing DIET A vs DIET B,
Both, menepati keperluan kucing anda...then, what else to look for?

2. Ingredients

Seperti yang telah diterangkan sebelum ini, naluri kucing sebagai TRUE CARNIVORE, mereka memerlukan diet / sumber protein utama dari SUMBER HAIWAN... Banyak isu yang telah dibangkitkan berkaitan sumber protein/energy dari GRAINS/cereal/bijirin (carbohydrate) yang dikatakan akan memberi kesan buruk pada kucing dalam jangka masa panjang...ia dikaitkan dengan Obesity, penyakit Inflammatory Bowel Disease/IBD - (keradangan dalam sistem pencernaan) , Idiopathic Hepatic Lipidosis/IHL (pengumpulan lemak dalam hati), dan juga Diabets melitus (kencing manis)

Sumber PROTEIN haiwan yang biasa digunakan dalam formulasi diet kucing seperti....
Daging ayam (boneless), turkey, telur, susu, ikan salmon dan lain2 lagi termasuk BY-PRODUCT / MEAL daripada sumber2 utama berkenaan...BY-PRODUCT/MEAL vs SUMBER asal seperti boneless meat (daging tanpa tulang)...perlu diketahui yang MEAL (whole thing-daging+tulang+organ+dll.) / BY-PRODUCT (bahan sampingan-organ2 dalaman,sisa bahan industri utama, etc.), So...harap selepas ini dapat lebih membezakan kualiti bahan2 campuran dalam diet tersebut...

Sumber GRAINs seperti, corn/maize(jagung), wheat(gandum), rice(beras), dan macam2 lagi... mereka merupakan bahan sumber protein dan tenaga yang tinggi yang biasanya dalam diet ternakan seperti ayam, lembu, kambing dll.

Sumber FATs /lemak terbaik adalah lemak haiwan yang mengandungi almost fatty acids yang essential untuk kucing...Ada juga yang menggunakan lemak dari bijirin/ekstrak bunga2an, dan lain2 lagi

Sumber VITAMINS dan MINERALS, diulang skali lagi, terbaik daripada sumber haiwan, namun begitu, bayank kajian telah dibuat dengan penambahan sayur2sayuran yang kaya dengan sumber vitamin dalam diet kucing... sayuran adalah berbeza dengan grains as naturally, kucing pun makan rumput-rampai, bamboo, herbs sebagai makanan sampingan jika mereka perlukan...x cayer...cuba perhatikan kucing anda jika dilepaskan dilaman, mesti mereka makan sket rumput2 ... kadang2...x selalu...

Dalam membaca senarai ingredients pada karung tersebut...perlu diketahui...SECARA TEKNIKAL...susunan bahan tersebut adalah dari yang paling banyak - paling sikit dalam formulasi...so, bahan no. 1 dalam list adalah yang paling banyak peratusannya...

DIET A

DIET B

Sekarang dah boleh bezakan which one is better? harap semua boleh kannnnnnnnnnnn.....

3. Harga

PRODUK A (~RM 90 @ 2.5kg = ~RM 36/kg) vs PRODUK B (~RM 150 @ 18kg = ~RM8/kg)

It is normal, for produk yang berkualiti lebih tinggi, HARGA pun TINGGI
kualiti lebih RENDAH...harga pun RENDAH
MEDIUM quality - ada yang HARGA TINGGI  MEDIUM jugak
Oleh itu... sesiapa yang ada banyak masa yang terluang, boleh ke mana2 petshop buat survey harga, saya tak sempat...then boleh share kat sini...Terima kasih diucapkan...

Kepada petlovers...yang mementingkan KUALITI + poket tebal - usah berfikir panjang...belilah yang terbaik untuk pets anda...
Saya tidak menyatakan yang PALING MAHAL = PALING BAIK...kerana ada juga produk yang BAIK @ MEDIUM price...kene buat semakan sendiri

4. Pilihan KITA vs pilihan KUCING kita 


Dah beli yang THE BEST QUALITY...MAHAL pulak tue...tiba2 kucing x suke...nak buat camane ek?
Slowly introduce makanan yang baru pada mereka...kucing memang makhluk yang sangat PICKY + CEPAT BOSAN...so kesabaran adalah kunci utama...


CONTinue next chapter....Insyaallah...

Tuesday, 7 February 2012

Memilih makanan untuk kucing ..... PART 1

Salam semua,



mesti pening kepala + rambang mata bila g petshop kan... yang mana satu elok untuk kucingku, semuanya premium food...semuanya bagus...semuanya "mahal" (to some owners only)... ???

First of all, this is just a guide for owners untuk memilih makanan yang IDEAL untuk kucing mereka... I can't decide what you should feed your cat... but i could share some importants + beneficial facts and also my frank opinion regarding this topic...

Insyaallah, dapat membantu semua untuk memilih yang terbaik dan ideal untuk FURKIDS mereka....

Basic knowledge yang essential (penting) dalam pemakanan kucing

Kita mesti mendalami, naluri dan sifat semulajadi mereka, dengan cara melihat dan imagine apa yang mereka makan kalau xder semua komersil food kat petshop2/supermarket...

Dari kecik lagi, orang2 tua di kampung2 mesti bgtau kita yang kucing2 ni keje nyer tangkap tikus.., some says... kucing yang ditimang2 akan makan anak ayam bila besar nanti...pastu kene buang kat pasar...huhuh
Mereka tangkap dan makan haiwan2 tersebut sebab, dalam konteks hidupan mereka yang liar, itulah makanan (sumber protein) mereka, selain daripada nasi lebihan dr dapur rumah (IKAN gaul nasi)...tengok citer kartun, mesti kucing makan ikan dan kucing nak tangkap tweety bird...hahaha

Bila dah dilihat pada sepupu2 kucing yang besar2 (harimau/singa,dll.) mereka makan daging haiwan yang fresh selepas diserang.

Tidak pernah pula diceritakan yang kucing makan SAYUR, except for beberapa jenis herbs, bamboo, rumput rampai yang mereka akan makan jika mereka perlu sahaja, bukan hari2...

Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa kucing diklasifikasikan sebagai "TRUE CARNIVORE" / pemakan daging sejati)... yang makan protein dan lemak sebagai sumber tenaga badan. Mereka memerlukan lebih 2-3 kali ganda keperluan protein berbanding haiwan OMNIVORE (pemakan daging dan sayur) seperti anjing.

Keperluan makanan kucing
Dalam diet harian mereka, YANG PALING PENTING ialah makanan yang SEIMBANG/BALANCE...bila dikatakan makanan yang seimbang, ia mesti mengandungi "PROTEIN + FAT + VITAMINs + MINERALs"

CARBOHYDRATE ?
Sebagai true carnivore, kucing sebenarnya tidak memerlukan karbohidrat dalam makanan mereka kerana:
1. Protein dan fat adalah sumber ENERGY utama dalam diet kucing UNLIKE omnivores, karbohidrat merupakan sumber tenaga dalam pemakanan
2. Kucing tidak mempunyai enzim amylase yang banyak dalam air liur+acid perut+usus mereka untuk mencerna karbohidrat
3. Krbohidrat yang tinggi dalam makanan akan menyebabkan pencernaan protein dalam sistem pencernaan tidak lengkap kerana, karbohidrat - fiber akan mencepatkan pergerakan digesta dalam usus.
4. dan beberapa sebab lain yang agak kompleks untuk diterangkan :0

PROTEIN & AMINO ACIDS
Merupakan sumber utama dalam diet kucing...sumber tenaga utama untuk tumbesaran dan fungsi sistem dalam badan...Protein catabolism akan menghasilkan AMINO ACIDS yang sangat penting dalam  metabolisma badan...terdapat 10 amino acids yang ESSENTIAL/sangat diperlukan dalam diet harian kucing, ada juga yang dikategorikan sebagai CONDITIONALLY essential dan NON-essential...ESSENTIAL AMINO ACIDS diperlukan dalam diet harian, kerana sistem badan tidak dapat menghasilkannya dengan sendiri dan mereka merupakan element utama untuk memastikan metabolisma badan berfungsi dengan sempurna...Antara amino acids yang utama:-


Amino Acids
Essentiality
Sumber & kepentingannya
Arginine
Essential
Banyak dalam protein daging,
Berfungsi dlm kitaran urea (excrete ammonia/urea dr dlm darah),
Kekurangannya – hyperammonemia (kandungan ammonian berlebihan dlm darah) – air liur meleleh dgn byk, neurological abnormalities, kekejangan , koma - kematian
Taurine
Essential
Animal source protein + hasil daripada methionine & cysteine synthesis, tetapi tidak mencukupi kerana kebanyakannya akan hilang pada hempedu.
Berfungsi dlm sistem penglihatan (mata), fungsi jantung, sistem saraf, pembiakan dan immunity badan
Kekurangannya – boleh mengakibatkan buta (retinal detachment), kegagalan dalam pembiakan, masalah jantung
Methionine
Essential
Untuk ditukarkan kepada Cysteine, penting dalam proses synthesis S-Adenosyl-Methionine (SAMe) utk penghasilan Taurine & Gluthathione, juga dalam syntesis Carnitine
Cysteine
Conditional
Menggantikan methionine, synthesis SAMe dan Gluthathione
Tyrosine
Conditional
Berfungsi sebagai neurotransmitter, metabolisma Dopamine & Methionine, synthesis thyroid hormone (growth), Melanin syntesis (black coat color – kekurangannya menyebabkan kucing hitam menjadi coklat kemerahan)

Jika dilihat pada sumber amino acids yang diperlukan oleh kucing... Semuanya adalah berasal daripada sumber protein haiwan (daging)

Keperluan minimum harian protein adalah mengikut fasa pertumbuhan seperti, anak kucing memerlukan peratusan protein harian lebih tinggi berbanding kucing dewasa...



Secara kasarnya... makanan yang IDEAL mempunyai:
a. ANAK KUCING, >30% kandungan protein per berat kering,
b. KUCING DEWASA, >26% kandungan protein per berat kering

FAT & FATTY ACIDS
juga merupakan sumber tenaga utama, almost 50% of their energy source datang dari lemak...juga sebagai pembawa fat-soluble vitamins, ADEK...
Lemak haiwan yang kaya dengan FATTY ACIDS yang ESSENTIAL seperti, linoleic acid, linolenic acid diperlukan dalam diet harian kerana, kucing tidak boleh menghasilkan sendiri FAs' tersebut.
FAs' ini penting dalam menghasilkan arachidonic acid, eicotriennoic acids - untuk membentuk prekursor2 yang penting dalam immuniti dan antiinflammatory dalam badan...
Essential Fatty Acids seperti OMEGA-3 dan OMEGA-6 amat penting dalam fisiologi dan sistem badan. ia juga bagus untuk memastikan kesihatan kulit dan juga bulu kucing terutamanya kucing yang berbulu lebat dan panjang seperti persians, mainecoon, ragdoll, etc.
Secara kasarnya, lemak harian yang diperlukan adalah >9% dari berat kering makanan...

VITAMINS & MINERALS
Seperti kebanyakan amino acids dan fatty acids, Vitamins dan minerals juga diperlukan dalam diet harian. Ia juga sama penting dalam memastikan fungsi fisiologi dan metablolisma badan yang optimum...
Untuk maklumat data keperluan yang lebih lengkap boleh disemak di:
The Carnivore connection nutrition in cats by Debra L. Zoran, DVM, PhD, DACVIM
Your Cat's Nutritional Needs, A science based guide for pet owners, National Research Council of the National Academes


CONTINUE - PART 2

Ingredients

Protein sources = ANIMAL PROTEIN vs GRAIN
Fat sources = ANIMAL FAT or SEED OILS

Feed Cost

Pilihan ANDA VS Pilihan KUCING 

underfeeding VS overfeeding



CONTINUE - PART 3
supplement ! ? :o


Thursday, 19 January 2012

Kembiri haiwan kesayangan = Pets Neutering + livestock

WHAT ?
Kembiri "Neutering" adalah proses memandulkan haiwan secara KEKAL / IRREVERSIBLE. Selepas dikembiri, kebolehan untuk membiak akan terhenti selamanya,
Insyaallah, jika tiada sisa air mani tertinggal di dalam sisa salur pembiakan ("ductus deferens")/salur kencing haiwan yang cuba untuk mengawan dalam tempoh beberapa hari/minggu selepas dikasi, contohnya; "ARNAB jantan, kekal produktif sehingga 4 MINGGU  selepas dikasi, ARNAB betina, kekal produktif sehingga 2 minggu selepas dikasi"
Bagi memastikan OBJEKTIF pengimbirian tercapai, adalah lebih baik haiwan yang dikembiri kekal diasingkan daripada jantina berlawanan untuk beberapa minggu selepas dikasi.

HOW ?
Proses kembiri dilakukan dengan mengeluarkan organ-sistem pembiakan haiwan tersebut, contohnya

                       JANTAN - Testikel + Epididimis (sebahagian vas deferens)


                        BETINA - Ovari (kiri dan kanan) + keseluruhan Uterus

Prosedur ini akan dilakukan semasa haiwan diBIUS secara GENERAL, Oleh itu, haiwan akan tidur sepanjang prosedur dilakukan, dan TIDAK merasai sebarang KESAKITAN.


RISIKO ?
SANGAT MINIMA, jika tiada sebarang komplikasi seperti:
1. Ikatan / Jahitan terbuka (dinasihatkan untuk merehatkan haiwan di dalam "cage" >7 hari - menyekat pergerakan yang ekstrem)
    - ikatan terbuka - kehilangan darah
    - jahitan terbuka - hernia
2. Jangkitan kuman (biasanya antibiotik akan diberikan selepas prosedur, WAJIB dihabiskan)

Insyaallah, jika nasihat doktor veterinar diikuti sewajarnya, komplikasi2 tersebut tidak akan berlaku

Kucing anda biasanya akan kembali normal dalam masa beberapa hari selepas prosedur

WHY ?
Kenapa PERLU kembiri....? antara faktor2 yang mengHARUSkan pengimbirian adalah

1. Menjaga kemaslahatan Ummah - mengelakkan berlakunya masalah dan perbalahan didalam komuniti yang boleh berpunca daripada haiwan kesayangan kita, contohnya
- Tabiat kucing jantan yang akan kencing dipersekitaran untuk menanda sempadan "marking territory". Jika dikasi pada peringkat umur tertentu diyakini akan membendung tabiat tersebut
- Isu Kucing dan Anjing Liar dan Terbiar - mengurangkan populasi haiwan terbiar yang membiak secara aktif, SIAPA yang akan bertanggungjawab untuk menjaga kebajikan haiwan ini, jika populasi mereka semakin bertambah saban, hari, minggu, bulan dan tahun? SPCA ker? They can't do all those works alone....:-( Tambahan lagi dengan kes2 serangan anjing pada komuniti di tempat awam. Masalah ini BOLEH dibendung dengan program kembiri.

2. Menjaga dan meningkatkan kualiti genetik haiwan - secara teknikal, kualiti genetik hanya boleh dipertingkatkan dengan program pembiakbakaan yang strategik, iaitu dengan membiakbaka haiwan yang mempunyai kualiti yang terbaik/superior dikalangan populasi yang ada, contohnya:
- Haiwan ruminan pedaging yang berkualiti rendah, HARUS dikasi untuk mempercepatkan tempoh kegemukkan, meningkatkan kualiti daging (tendering, tiada bau hamis, etc.), meningkatkan kualiti pasaran dan sebagainya.

HUKUM dalam islam ?

Fatwa yang dikeluarkan oleh JAKIM, menetapkan HUKUMnya adalah HARUS berdasarkan nas2 tertentu.
Rumusan daripada petikan;
1. http://alamkucing.blogspot.com/2009/05/hukum-memandulkan-kucing-dalam-islam.html
2. http://soaljawab.wordpress.com/2007/04/12/hukum-mengembiri-binatangkucing/

Membuat keputusan, WHEN ?
Terserah kepada hak individu untuk membuat keputusan samaada untuk mengembiri haiwan anda ataupun TIDAK (jika anda mampu untuk menjaga kebajikan mereka dan keturunan mereka)

WAKTU yang paling sesuai untuk Kembiri adalah pada umur sebelum mencapai kematangan seksual,
KUCING / ANJING - ~ 6 bulan
RUMINAN - 4-10 minggu

Insyaallah, usaha yang murni, niat yang baik akan diberkati Allah SWT,

For inquiries & appointment ;
Do not hesitate to contact Dr. Ihsan @ +60173215541 or 
                                          email: vetplanet.aa@gmail.com
Check on updates on
                     Blogspot            : http://vetplanet-aa.blogspot.com
                     Facebook page : VetPlanet Animal Affairs
                     Become friends on FaceBook @ Ihsan Isa (VetPlanet)

Monday, 16 January 2012

GRAND PROMOTION 1/2012 !!!

Commemorating pembukaan perniagaan kami dan Chinese New Year yang bakal menjelma...

Jangan lepaskan peluang baik ini, untuk anda dan untuk kucing anda....

CATs Healthcare & Services

a
Healthcare
I: Package A
Vaccination + Deworming + Ectoparasite control
RM 35
b
Neutering
i: Castration
+ 1 day boarding
RM 60


ii: Spaying
+ 1 day boarding
RM 80
c
Boarding
i:  Package A
Cats room + food + water + litter
RM 15 /head/day


ii: Package B
Medium cage + food + water + litter
RM 10 /head/day
d
Grooming
Short hair
Ear cleaning + nail clipping +
Shampooing - blow drying
RM 25


long hair
RM 35
e
Case Diagnosis & Treatment
15% off of total charge
f
House call service                    KL, Selangor* & Melaka
RM 10/trip
g
Pick up & Delivery service        KL, Selangor* & Melaka
RM 20/trip

*Klang Valley vicinity



Terms & conditions apply

 VALIDity, while STOCKS & SPACES last / sehingga dimaklumkan
For inquiries & appointment ;
Do not hesitate to contact Dr. Ihsan @ +60173215541 or 
                                          email: vetplanet.aa@gmail.com
Check on updates on
                     Blogspot            : http://vetplanet-aa.blogspot.com
                     Facebook page : VetPlanet Animal Affairs
                     Become friends on FaceBook @ Ihsan Isa (VetPlanet)


Saturday, 14 January 2012

Sambungan - Pembasmian Ectoparasites "MANGE series)

Assalamualaikum WBT,

Sambungan dari post "Kawalan ectoparasites" yang terdahulu...

Sekumpulan lagi ectoparasite yang SANGAT kerap menyebabkan penyakit kulit pada haiwan anda iaitu MITES/HAMA...penyakit tersebut dikenali sebagai "MANGE" secara general ataupun "KURAP" (rasa nye kebanyakan penyakit kulit orang melayu panggil kurap...x kira disebabkan oleh parasit ataupun fungus...hehe)

Tidak kira, KUDA, LEMBU, KAMBING, ANJING dan KUCING...selalu mengalami masalah ini.

Mengenali MITES (HAMA)



"Ear Kanker" + facial crusts - jangkitan mites yang sangat teruk
Inilah gambar seekor mite (Notoedres cati) dibawah mikroskop yang menyebabkan kucing di atas terseksa..:-)
 
Terdapat 2 jenis mites:

1. Non-burrowing mites (hama yang tidak menggali masuk ke dalam lapisan kulit) - contohnya - ear mites pada kucing (Otodectis cynotis). Mereka hanya hidup dan beranak-pinak dalam telinga kucing anda menyebabkan rasa tidak selese, suka menggaru dan akhirnya boleh meneybabkan jangkitan bakteria, yis and/or fungus.

2. Burrowing mites (hama yang menggali masuk ke dalam lapisan kulit) - contohnya, hama seperti dalam gambar di atas...Mereka bukan sahaja menggali terowong, bahkan bertelur dan membesar di dalam lapisan kulit yang digali. Hama betina dewasa akan menggali terowong dan bertelur di dalamnya. Dalam tempoh 5-8 hari, telur tersebut akan menetas menjadi "larvae" dan sterusnya membesar menjadi "nymph"...nymph kemudiannya menjadi dewasa dan membiak semula didalam terowong yang baru...Proses pembiakan mengambil masa lebih kurang 3 minggu. Hama ini hanya memakan sisa2 kulit yang tertanggal, cairan tisu badan dan ada juga yang menghisap darah sepanjang proses untuk menjadi dewasa


Kawasan yang paling kerap dilihat mengalami masalah adalah KEPALA, BAHAGIAN BAWAH BADAN, KAKI dan TANGAN.


Haiwan akan menggaru dengan teruk sehingga bulu menjadi botak, dalam kes yang lebih teruk "crust" atau kerak yang terbentuk pada permukaan kulit (rujuk gambar diatas, mengandungi hama) akan tercabut dan bersepah dipersekitaran rumah anda.  mudah menjangkiti haiwan yang lain dan juga manusia...KEBANYAKAN mites adalah "Host Specific" (hanya menyebabkan jangkitan pada species tertentu)


Haiwan akan mengalami luka, berdarah dan akan menarik perhatian lalat untuk bertelur, jika tidak dibersihkan luka akan melarat menjadi berulat dan cenderung kepada jangkitan bakteria.









Satu lagi genus hama yang sangat popular ialah DEMODEX .... contohnya Demodex canis yang menyebabkan penyakit "Demodecosis" pada anjing. Jarang berlaku pada kucing.


Demodex merupakan "Normal Flora" (memang ada pada kulit secara normal) Namun ia akan menyebabkan penyakit pada haiwan yang Immunosuppressed atas sebab2 penyakit atau lain2. Penyakit ini biasanya melibatkan keseluruhan anggota badan pada peringkat kronik.





Rawatan dan Kawalan persekitaran

 Konsep rawatan adalah sama - to kill and eliminate the parasite, pada masa yang sama, mengawal persekitaran dengan menggunakan kaedah meningkatkan kekerapan pembersihan dan menggunakan racun yang bersesuaian untuk membunuh parasit yang masih ada di perabot, karpet dan diserata rumah anda

Teknik rawatan untuk penyakit kulit yang disebabkan oleh Mites sedikit berbeza dari Ektparasit sebelum ini dalam aspek penggunaan ubat dan cara penggunnaannya,

Penggunaan ubat secara "oral dan injectable" diamalkan secara berkala walaupun sebenarnya tidak digalakkan..:D

Kaedah mandian turut diterapkan supaya ubat/racun yang digunakan akan lebih menyerap masuk ke dalam terowong2 yang dibuat oleh hama2 tersebut.

Program pembasmian perlu dilakukan dengan dedikasi supaya penyakit ini berjaya dirawat dan tidak akan kembali menyerang haiwan kesayangan kita. Insyaallah ...



For inquiries & appointment ;
Do not hesitate to contact Dr. Ihsan @ +60173215541 or 
                                          email: vetplanet.aa@gmail.com
Check on updates in Facebook page : VetPlanet Animal Affairs