Monday 9 January 2012

Kawalan "Ectoparasites" = (Pinjal "Fleas", Sengkenit "Ticks", Kutu "Lice")

Jom berkenalan dengan "ectoparasites" yang famous2


ini adalah gambar seekor "flea", pandangan di bawah mikroskop. Boleh dilihat dengan mata kasar, tetapi sangat halus, tak sempat nak tangkap dah hilang sebab, dia boleh meloncat sangat tinggi dan jauh.



Ini pula, seekor "louse" a.k.a kutu, kalo banyak kita panggil "Lice"...Mudah dan biasanya boleh lihat telur dan kutu dewasa dibawah mikroskop



ini pula, "tick", saiznya, dari kecil sampai sangat gemuk, orang biasa gelar...kutu B_bi, biasanye melekat dekat hujung cuping telinga, senang cabut dan letupkan dengan kuku dan berdarah....


Mengapa perlu dikawal and/or dihapuskan (totally eradicate)

Semua jenis ectoparasite adalah samada, penghisap darah atau penggigit, menyebabkan:
a.Kegatalan - kerap jilat bulu, pada bahagian2 tertentu (bawah badan, pangkal ekor, dll.) "hypersensitivity"
b.Kebotakan pada sebahagian badan (Alopecia) - Alergic / terlalu kerap dijilat, digigit (anjing)
c.Pucat - / kekuningan (Jaundice) - hilang darah kene isap dengan parasite & Fleas menyebabkan jangkitan parasit darah (Haemobartonella) yang menjadi punca kemusnahan sel darah merah.
d.Kecacingan- Fleas juga memindahkan cacing pita dan lain2 pada kucing/anjing anda

Parasit tersebut, contoh nye Fleas, juga menyebabkan Allergik / hypersensitivity reaction yang teruk kepada manusia...yang digigitnya...x rasa pun masa digigit, but then terus ade bintik2 merah yang gatal, sedap digaru tapi bila dah mula melecet, berbulan2 baru parut hilang...huhu



Macam mana untuk bunuh then eradicate totally?

Ada banyak produk dipasaran yang khusus untuk membunuh semua jenis parasit ini sekaligus, tetapi kita perlu sedar yang mereka ini pembiak yang sangat produktif, eg. Fleas dewasa yang dapat dilihat hanya 5% dari populasi keseluruhan mereka...95% lagi adalah telur, pupa dan larva yang belum jadi dewasa.



Oleh itu, usaha pembunuhan bukan sahaja tertumpu kepada parasit dewasa, but semua peringkat metamorfosis.

Ada produk hanya membunuh parasit dewasa, ada produk yang membunuh semua peringkat kitaran hidup.

Yang mana lebih baik?

Of course lah...yang bunuh SEMUA kannn...

tapi tak semudah itu, kerana, telur, pupa, larva bersepah dan bersembunyi di karpet2 gebu kita, sofa, langsir, the pets bedding, SATU RUMAH lah...


Is it possible to totally eradicate the parasite

No guarantee, tetapi usaha yang dedicated sentiasa membuahkan hasil

Pada haiwan kesayangan
Gunakan produk yang berkesan...advanced products yang membunuh semua peringkat kitaran hidup parasit, jika didapati, produk yang biasa digunakan tidak efektif lagi, boleh cuba produk lain yang mempunyai fungsi yang sama, tetapi "Active Ingredient" yang berbeza kerana diyakini, parasit tersebut dan cucu cicit nye telah develop daya tahan terhadap produk yang biasa digunakan

Rawatan ulangan pada jangka masa yang ditetapkan

Pada persekitaran rumah
Lebih kerap disinfect/vacuum/jemur satu rumah, perabot, langsir, dll.
Gunakan insecticide yang berkesan untuk membunuhkeseluruhan kerabat parasit tersebut


For inquiries on products & appointment ;
Do not hesitate to contact Dr. Ihsan @ +60173215541 or 
                                          email: vetplanet.aa@gmail.com
Check on updates in Facebook page : VetPlanet Animal Affairs

AKHIR KATA,,,kawalan parasit yang strategik akan memastikan hidup HAIWAN KESAYANGAN anda lebih sihat, gembira dan juga ANDA. Usaha tangga kejayaan...Aminnn...Insyaallah...

No comments:

Post a Comment